Thursday, 4 August 2016

TAEKWONDO

Aku mula menjejak kaki ke alam seni bela diri pada usia 13 tahun. Minat aku lahir terhadapnya pada umur aku 12 tahun. seni bela diri pertama aku pelajari ialah taekwondo. mula2 mmng kekok lgi. taekwondo ni juga dikenali dgn panggilan THE ART OF KICKING disbbkn oleh kepelbgaian tendangan yg ada di dalamnya. Tahun pertama aku ikut mmng ramai org. makin lama makin berkurangan bilangan ahlinya. itu mmng lumrah hidup dlm dunia seni bela diri. Hanya yg kuat semangat & minat je yg akan berkekalan. aku ikut upgrading tahun pertama & dpt double promotion. so, dpt tali pinggang kuning. tahun kedua aku ikut upgrading dpt lagi double promotion. so, dpt tali pinggang hijau. hujung pada tahun yg sama aku dpt double promotion & dpt tali pinggang biru. tahun ketiga aku PMR so kurang aktif skit tpi still dpt ikut upgrading awal tahun tu, dpt double promotion lagi. so dpt lha tali pinggang merah & hujung tahun selepas PMR aku ikut lagi upgrading, dpat pula merah cula hitam(yg ni je aku dpt single promotion) sbb ni dh selangkah sebelum 1st dan black belt. utk ambil upgrading tali pinggang hitam kena tunggu setahun. pada tahun keempat iaitu hujung tahun tu, baru lha aku ambil upgrading tali pinggang hitam aku. dia punya ujian mmng agak menyeksakan. kena buat semua pattern dri tali pinggang putih cula kuning smpai merah cula hitam. fuhh. penat. lepas tu kena buat self defend ciptaan sendiri(utk serangan pisau, grappling & tumbukan). kemudian kena sparring pulak. bukan sparring 1 lawan 1 tpi 1 LAWAN 2. Haha. seronok2 jugak. penat tepat penat. & ujian terakhir pulak pecah papan 1 inci. dripada 6 papan, aku mampu 3 je. sbb pada papan yg keempat kaki kiri aku terseliuh sbb salah landing time buat JUMPING SIDE KICK. tpi alhamdulillah lulus. pastu aku ke hospital. haha.  time aku 16 tahun jugak aku telah tubuhkan kelab taekwondo di sekolah lama aku dgn nama M-TIGERS.

Ni lha M-TIGERS yg aku maksudkan(rindu dgn dorng)

Utk tahun terakhir aku, tahun ke-5 (terakhir sbb dh tingkatan lima). setiap tahun mmng akan ada Kem Tamat Latihan utk pelajar SPM. so, kitorang kena lha camping mengikut badan beruniform(taekwondo utk aku). byngkan lha camne ahli taekwondo yg kurang pendedahan dgn ikatan, kawat kaki, masakan rimba lagi turut serta dlm kem mcm ni. mmng kelam kabut. tpi kitorng cool je. buat je happy2. xyah stress2. In the end kitorng dpt no. 2 keseluruhan dlm kem tu mengalahkan kadet polis, pandu puteri, kadet bomba & PBSM yg spatutnya lagi hebat dri kitorang. mmng unexpected btul waktu tu. tpi tu lha REZEKI Allah bagi. kena bersyukur lha.Pengembaraan aku dlm dunia taekwondo masih berterusan sehingga ke hari ni.

Muka yg dipaksa utk berkawad kaki. haha.

Walaupun dipaksa tapi tetap tekun berkawad. terbaik.

Tempat Ke-2 keseluruhan (xpernah dlm sejarah sekolah kitorng taekwondo dpt no. 2 ni)

KUNG FU

Berlaku waktu tahun ketiga dlm taekwondo. Aku terjumpa 1 poster tertampal di dinding kedai kat tmpat aku “white crane kung fu” tertulis pada poster tu. Aku cabut poster tu bawak balik then tnya nga ayah aku boleh x klau nak join ni aku tnya. Bapak ckp boleh. Alhamdulillah aku dikurniakan dgn seorrng ayah yg menyokong minat anak dia. So aku register. Sifu nama dia Lee. Berasal dri tmpat berdekatan dgn tmpat aku juga. ayah dia lha yg mengasaskan kung fu tu. Ayah dia grandmaster. Anak murid sifu Cuma ada 4 org je termasuk aku. Kesian sifu. Tpi apa boleh buat. org zaman skrng dh xminat sgt dh benda2 camni. Aku sorang je yg muslim. Yg lain semua berbangsa cina aku sorang je yg bumiputera. Dripada 4, sorang sekolah menengah, seorang ibu & anaknya sekolah rendah. Kitorng 4 je. Kena tekun lha skit. Mesti tabah. Hujung tahun tu pulak ada Majlis ulang tahun Kung fu sifu aku. Besar majlisnya. Sifu siap jemput anak murid dia dri Canada lagi. Aku pun ambil peluang utk berkenal dgn dia. Nama dia Lorne Bernard. Org yg dh berkeluarga dh ada anak. Jauh beza usia dia dgn aku. Hampir setiap malam aku training utk persediaan persembahan utk majlis tu. Mintak tunjuk ajar dri org Canada lagi. Hehe. Sgt penat. Pada hari kejadian bru lha kelihatan ahli2 kung fu yg rmai dri lain bahagian tmpat asal aku. Berkenalan. Dlm ni kitorng  panggil kung fu brothers. Dlm ramai2 yg hadir majlis tu family aku sorang je yg muslim. Nasib baik dorng hidang makanan halal semua. Malam mmng nervous lha. Haha. Persembahan kung fu first aku kot. Xpernah aku buat. Alhamdulillah persembahan okay je. Semua persembahan aku solo. Sblm abis majlis ada org berbangsa cina jumpa ngan mak aku dan bertanya “anak kmu ke?” mak aku jwab “ya. Kenapa?” dia balas “pantas pergerakan dia masa persembahan tadi”… mak aku senyum je dgr(aku pun senyum). Hehe. Pastu kitorng balik. Semua ni baru permulaan pengembaraan aku dlm dunia kung fu.

Aku waktu majlis sifu aku tu. ada gaya Jackie Chan x? haha

Tahun ketiga aku dlm kung fu, tiba2 dpt tahu yg sifu dh xmngajar lagi di tmpt aku. Dia akan pindah ke canada utk ajar anak murid yg jauh lebih rmai dri tmpt aku. Aku pun buntu. Yg gitau aku Lorne. Walaupun sifu dh xmngjar, aku tetap berlatih. Cuba ingat2 balik apa yg sifu pernah ajr, pesanan dia. Semua tu lha. Pengembaraan aku dunia kung fu masih berterusan sehingga ke hari ini. Percaya lha.



Ni lha anak murid sifu aku dari Canada Lorne Bernard

 Sifu aku.

SILAT

Yg ni pulak berlaku pada thun keempat aku dlm taekwondo. Aku dh lama dh berkwan sahabat aku sorang ni. Dia pengamal silat yg diberi nama ADMAA. Cuma selama ni da peluang nak berjumpa dgn guru yg mengajar silat tu. Alhamdulillah akhir aku bertemu dgn gurunya dah mula menjejaki ke dunia persilatan. Gurunya pula seorang ustaz. Kira bonus lha bagi aku. Dlm belajar2 seni bela diri dpt jugak lha bina aku punya keimanan yg xberapa kukuh ni. Hehe. Pada mulanya mmng agak kekok skit. Nak bukak kuda2 silat mmng xbiasa. Kung fu yg aku belajar tu da buka kaki besar2 sama lha ngan taekwondo yg aku belajar. Tpi lama kelamaan okay lha. Aku mula adaptkan diri. Aku jugak ikut upgrading dlm silat ni. Mmng jauh beza dia dgn upgrading taekwondo yg pernah ikut. Rasa lebih terseksa dlm silat. Lasak tpi sgt seronok. Mmng best lha. Dri belt hitam aku dpt belt putih. Dlm silat ni juga ada pengunaan senjata seperti pisau & rotan.

Aku & kawan aku yg bawa aku ke dunia persilatan

Dlm tahun ketiga aku dlm dunia persilatan ni aku terlibat dgn persembahan kelab ni. Kiranya ni persembahan silat pertama dlm hidup aku. Aku berlatih dah terus berlatih. Nak kena sesuaikan diri sepenuhnya. Persembahan aku melibat penggunaan 2 senjata rotan pendek. Tempur 2 org. pada hari kejadian mmng sgt nervous. Rmai org yg dtng hari tu. Smpai giliran aku buat persembahan, aku buat dgn sehabis baik. Malangnya waktu persembahan salah satu rotan pendek aku terjatuh dri tngan aku. Haha. Tpi aku teruskan jugak bersembahan mnggunakan sebelah je rotan pendek. Haha. Nervous giler waktu tu. Haha. Abis persembahan ust ckp okay je. Biasa lha tu bru first time buat persembahan. Aku lega. Pengembaraan aku dlm persilatan masih jauh lagi bnyak jugak yg aku dh lalui. Sehingga skrng aku masih menuntut ilmu tersebut. Aku juga lebih mengenali guru silat aku. Pengembaraan masih diteruskan.

No comments:

Post a Comment